SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR (LEE SIA CHUONG)
Salam Sejahtera,.
Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah. Ini selaras dengan hasrat dan visi sekolah kami menuju ke arah Sekolah Bestari.
Perubahan atau 'change' adalah perkara yang sentiasa berlaku, kita tidak dapat elaknya. Dalam bidang pendidikan, kita juga tidak dapat lari daripada perubahan. Sebagai warga pendidik kita perlu ikut arus perkembangan masa kini dan mempelbagaikan kaedah pengajaran, mempertingkatkan usaha, agar murid kita tidak ketinggalan. Marilah kita sama-sama mendukung cita-cita yang murni ini dengan tindakan yang lebih berkesan.
Kerajaan kita berhasrat untuk merealisasikan Wawasan 2020, dengan kecanggihan Multimedia Super Corridor. Justeru itu maka adalah menjadi tugas kami sebagai pendidik untuk menyambut cita-cita Kerjaan dan memberikan pengetahuan yang lengkap dalam teknologi maklumat kepada generasi muda kita.
Maka, berharap Homepage Sekolah ini dapat memaparkan maklumat terhadap sekolah ini sebagai suatu usaha yang mendorong serta memberi perangsang untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di kalangan murid dan guru. Hasrat ini disokong dengan visi dan misi sekolah ini yang bentuk sejajar dengan FPN, iaitu sekolah bukan saja tempat untuk mendapat ilmu pengetahuan, bahkan untuk melahirkan individu yang berkualiti, berakhlak mulia, dan berjasa kepada bangsa, masyarakat dan negara. Maka lahirkan insan yang akan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara seterusnya. Akhir kata, perkembangan pesat dalam dunia Teknologi Maklumat memerlukan kita sebagai pendidik dan juga sebagai ibu bapa untuk meneroka dan seterusnya memberi dorongan kepada generasi muda kita untuk mengambil bahagian dalam perkara ini. Sekian, terima kasih!
|